DOL SAID
- Nama sebenar - Abdul Said .
- Lahir tahun 1773 di Naning , Alor Gajah , Melaka .
- Asal - Suku Semelenggang .
- Pahlawan Melayu yang kental .
- Memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal .
- Belajar ilmu mempertahankan diri dan seni silat sejak berusia enam tahun .
- Sentiasa berusaha untuk memajukan diri , agama dan bangsa .
- Tekun mengaji , cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai
- Taat kepada kedua orang tuanya .
- Pemerintah Naning yang kesembilan .
- Membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya .
- British campurtangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri . Contoh - menguasai Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka .
- Peperangan Naning tahun 1834 - menjadikan Dol Said seorang wira yang berani .
- Diberi gelaran - Penghulu Dol Said .
- Berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang .
- Dol Said berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 .
- 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832 .
- Tewas kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang jitu .
- Pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak British mengenai kelemahan Naning . Contoh - menaburkan tulang babi dan anjing ke kawasan sempadan Naning .
- Kerajaan Naning berakhir pada 1832 .
- Kekalahan mereka kerana bangsa sendiri yang menikam dari belakang .
- Orang Melayu hanya dapat mencapai kegemilangannya jika mereka bersatu hati .
YAMTUAN ANTAH
- Nama sebenar - Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin
- Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875 .
- Wilayah jajahan Seri Menanti - Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol .
FAKTOR PENENTANGAN
- Tidak bersetuju dengan tindakan Dato ' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British .
- Tindakan Dato ' Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua .
- Tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong .
- Hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato ' Kelana bertambah runcing apabila Dato ' Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya .
- Dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti .
- Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan .
- Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah .
- Berlaku pertikaian antara kedua - duanya yang mencetuskan pertempuran .
- Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato ' Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin , penduduk Rembau , Jelebu dan Johol .
- Disember 1875 - pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ .
- British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri -Negeri Selat .
- Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor .
KESAN PENENTANGAN
- Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British .
- Mei 1876 - Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri - Negeri Selat iaitu William Jervois .
- Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti .
- Tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato ' Siamang Gagap .
- Rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan
DATO ' MAHARAJA LELA
- Dato ' Maharaja Lela Pandak Lam - seorang pembesar delapan Perak .
- Keturunan - Daeng Salili , anak raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk , Sulawesi .
- Datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II .
- Dilantik sebagai mufti Perak .
- Dianugerahkan gelaran dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya .
- Terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan .
- Merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch)
- Mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah .
- Perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah .
- Dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 .
- Beliau adalah pejuang yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsa sendiri .
FAKTOR PENENTANGAN J.W.W. BIRCH
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
- 24 Julai 1875 - Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai.
- Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan.
- Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
- Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875 .
- Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British .
- Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen .
- Residen berkuasa melantik hakim , mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu .
c) Memperkenalkan Cukai Baru
- Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan cukai baru . Contoh - cukai padi , perahu atap , senjata dan bayaran permit untuk membalak .
- Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar .
d) Mencabuli Adat Resam
- Birch dibenci oleh sultan dan pembesar -pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu .
- Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba - hamba perempuan dirumahnya
J.W.W. BIRCH
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
b) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
c) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.
d) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.
PERISTIWA PENENTANGAN
- Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang .
- Mengambil keputusan untuk membunuh Birch .
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor , Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya .
- Berazam menghalau British keluar dari bumi Perak .
- 2 November 1875 - Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British .
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch .
- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak .
- Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak .
- Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban .
- Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun .
- 7 November 1875 - Pertempuran berlaku di Bandar Tua .
- Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong
- Tahun 1877 - Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor , Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang , Perak .
- Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi .
- Raja Ismail dibuang negeri ke Johor .
- British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah .
- Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.
- Nama sebenar - Abdul Rahman bin Imam Noh .
- Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara .
- Tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang .
- Anak kepada Tunku Iman Nuh .
- Asal - Bangkinang , Kampar , Sumatera .
- Pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal .
- Digelar - Seman Tahan .
- Pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali .
- Menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika muda .
- Diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan .
- Anugerah - gelaran Dato ' Setia Perkasa Pahlawan Semantan .
- Mempunyai sikap serta kebolehan sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan Wan Mutahir
- Memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang , Selangor .
- Kedudukan sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali di ajak berunding
FAKTOR PENENTANGAN
a) Hilang Hak Mengutip Cukai
- Menentang perlantikan E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh .
- Dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya - Temerloh .
- Pegawai British mendirikan di Lubuk Terua tanpa berunding .
- Konflik menjadi lebih serius .
- Menganggap tindakan British menceroboh kawasan serta mengancam kedudukan .
- Hugh Clifford menganggap Dato ' Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan .
- Memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran .
- Tindakan British memalukan Dato ' Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang .
PERISTIWA PENENTANGAN
- 16 Disember 1891 - British menangkap 3 orang pengikut Dato ' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran .
- Tindakan itu menyebabkan Dato ' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua .
- Peristiwa ini mencetuskan perang .
- 26 Disember 1891 - Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas di Kelubi .
- Berundur dan meminta bantuan Singapura .
- Januari 1892 - British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang .
- Mac 1892 - British menyerang Lubuk Terua .
- 14 Jun 1894 - Dato ' Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai .
KESAN PENENTANGAN
- Dato ' Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British .
- Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang .
- Kebangkitan berlangsung selama 4 tahun dari 1891 - 1894 .
- Sultan Wan Ahmad dipaksa membayar 7,200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang .
MAKAM DATO ' BAHAMAN
- Tahun 1911 - Dato ' Bahaman kembali ke Kelantan , Mat Lela ke Indonesia , 2 orang pejuang telah meninggal dunia .
- Tahun 1920 - Balik ke Kuantan dan tinggal di Kg Paya Lalang (Padang Lalang) .
- Memakai nama Lebai Deraman .
- Tahun 1926 - Berpindah ke Kg Peramu sehingga kematiannya .
- Dikenali - Tok Guru Peramu .
- Nama sebenar - Haji Mat Hassan bin Munas .
- Dikenali - Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada .
- Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram , Pasir Puteh , Kelantan .
- Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah .
- Mahir dalam ilmu persilatan .
- Menetap di Kampung Nering , Kelantan .
- Bekerja sebagai petani dan peniaga .
- British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915 .
- Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan . Contoh - cukai pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang , cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau .
- Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar . Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda . Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British .
- Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat . Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh .
TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD
- Perjuangan Tok Janggut cuba dinafikan , malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’ .
- Inggeris benar - benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil .
- Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat , maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas .
- Mengambil keputusan membunuh Tok Janggut .
- Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal , mereka sedar ‘aura perjuangan’ perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang .
- Melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya , dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara .
- Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara .
- Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama , bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini .
- Kesedaran Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil .
- Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah , Patani dikuasai Siam .
- Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani , Menara , Jalor dan Setol di bawah Siam .
- Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
- Tok Janggut pulang ke Kelantan ketika Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris .
TQ
ReplyDeletesalam, boleh saya tanya di mana makan dato bahaman ya? saya teringin sangat nak tahu adakah masih ada sampai ke hari ini?
ReplyDeleteI like this information
ReplyDeleteTQ
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS INFORMASINYA
ReplyDeleteSEKARANG,SAYA BOLEH MEMBUAT BUKU SKRAP DENGAN MUDAH
ReplyDeleteTQ
The king casino no deposit bonus, free spins, bitcoin - CommunityKhabar
ReplyDeleteNo deposit bonus, free spins, bitcoin. No poormansguidetocasinogambling.com deposits bonus. No withdrawals, bitcoin no deposit bonuses, nba매니아 free communitykhabar spins, https://sol.edu.kg/ bitcoin, 10k followers.